Friday, November 30, 2012

Salam Jumaat uolls ♥

Salam Jumaat uolls. Bagi kaum Adam, tunaikan kewajipan anda bersolat Jumaat berjemaah di masjid, bg kaum Hawa, jgn lupa solat Zohornya, semoga penghulu hari nie Allah SWT memberikan banyak rahmat dan rezeki kepada kita semua.. aminn.. Kejap ag, Cik Suu nak pi jumpa Ah Meng tailor, amik Jubah Lining and amik ukuran badan for Baju Kurung Moden. Kalau free nanti, jom la jamu mata sambil shopping kat www.butiknurzahra.blogspot.com.. Kalau ada yg berkenan di hati boleh la order, insya allah ada discount. hehe.
 


Thursday, November 29, 2012

DECEMBER!!! MY VERY BUSY MONTH ♥

Assalamualaikum and hello semua. This coming December, Cik Suu akan start buzy sgt. Banyak benar urusan nk disettlekan. Firstly, Cik Suu nak melancong ke Arau sebentar.. Hehehe, nak selesaikan clearance pastu nanti nk masuk Degree tak la kalut sangat. But yg terdekat nie, maybe Jumaat nie, Cik Suu nak g jumpa tailor untuk ambil ukuran badan for our Baju Kurung Moden Collection. To yg badan-badan sebesar badan Cik Suu, blh siap sedia nk buat pilihan yer coz really limites edition for this Baju Kurung Moden. Don't worry ada less for our customers. Hehe.. And next day, Cik Suu nak pi kat next tailor for our blouse collection, insya allah.. Same day, Cik Suu going to make our boutique banner. Ramai customer yang datang ckp xperasan kewujudan Butik Nur Zahra nie. So, nak pi buat banner bg semua nampak ada BUTIK kat kawasan perumahan nie.. Hehe. Next, model-model Cik Suu dah balik and dah bis exam, siap la mereka Cik Suu kerjakan.. Cik Suu akan jadi photographer and juru make-up tidak berbayar nanti, stay tuned. Lalala.
16/12/2012 - Cik Suu ada wedding event, Cik Lan punya kawan kawin.. turn Cik Suu bila pun xtaw la. Sabar je la. Cik Suu ada beli kain and kain tu dah nak jd baju ala kaftan. Nanti siap sepenuhnya, Cik Suu upload okay. Nie bukan dari butik yer, nie buatan sendiri, Take note okay..
OHHH, my baby rabbits dah besar. Gebu-gebu, yg melihat pasti tertawan.
 
nie la baby rabbits Cik Suu, tertawan kan!!!

 
 


Saturday, November 17, 2012

weekend....

Adoi, hari Sabtu pun kerja.. But esok nk pi Padang Besar. nak cari stok untuk Butik Nur Zahra.. hahaha.. Aunty keluarkan bajet, Cik Suu tukang pilih.. Baru la ada elemen orang muda sikit butik
nie..
Lupa plak nak cita, rabbits Cik Suu dah selamat melahirkan anak-anak mereka. First mum delivered 5 cute baby rabbits and second mum delivered 4 cute baby. Total rabbits Cik Suu ada sekarang about 13 ekor, amacam, banyakkan!!! Rezeki jugak la rabbits tue. Nanti Cik Suu uploads gambar rabbits tue.
nie la rupa baby rabbit bru lahir...
 
Secondly, td jatuh kerusi. Malu Cik Suu kt cousin.. Mujur dia xgelak, katanya dia pun terkejut Cik Suu jadi buah nangka busuk td.. hahahaha..
 


Friday, November 9, 2012

Salam Jumaat ♥

Lama betul Cik Suu tak update blog nie, maklumla agak sibuk dgn final exam for last semester of diploma. Alhamdulillah, hari Jumaat nie, penghulu segala hari, menjadi saksi tamatnya perjuangan sebagai pelajar Diploma Pengajian Perniagaan selama 3 tahun di UiTM Perlis. Berkat usaha dan doa dari kaum keluarga, pensyarah-pensyarah Cik Suu, kekawan dan yg tersyg Cik Lan, Cik Suu menamatkan pengajian dgn CGPA 3.41 dan GPA 3.58 untuk semester akhir. Cik Suu bersyukur dgn apa yg Cik Suu dpt selepas byk dugaan dan cacian dr orang yg Cik Suu tanggung, inilah hasil dari tanaman yg Cik Suu tanam dan jaga selama nie.
Sekarang Cik Suu tunggu tawaran untuk sambung pengajian di peringkat ijazah, amat berharap dapat sambung ijazah. Cik Suu pilih Ijazah dalam Perniagaan Antarabangsa (International Business) dan Pemasaran (Marketing). Doakan Cik Suu yer.. :)
Untuk isi masa cuti nie, Cik Suu kerja di Butik Nur Zahra kepunyaan mak ngah terletak di Bayan Baru. Butik nie bernaung di bawah Nur Zahra Collection. Cik Suu ditugaskan untuk menguruskan hal ehwal bukti nie. Cik Suu dah siap blog and faebook butik nie cuma blm upload pakaian and tudung kat butik nie lg. Bila dah siap sepenuhnya, baru Cik Suu war-warkan pada semua yer..
Sampai takat nie je la celoteh Cik Suu, nak keluar lunch plak nie :) Assalamualaikum semua. Semoga hari ni lebih baik semalam..