Friday, November 9, 2012

Salam Jumaat ♥

Lama betul Cik Suu tak update blog nie, maklumla agak sibuk dgn final exam for last semester of diploma. Alhamdulillah, hari Jumaat nie, penghulu segala hari, menjadi saksi tamatnya perjuangan sebagai pelajar Diploma Pengajian Perniagaan selama 3 tahun di UiTM Perlis. Berkat usaha dan doa dari kaum keluarga, pensyarah-pensyarah Cik Suu, kekawan dan yg tersyg Cik Lan, Cik Suu menamatkan pengajian dgn CGPA 3.41 dan GPA 3.58 untuk semester akhir. Cik Suu bersyukur dgn apa yg Cik Suu dpt selepas byk dugaan dan cacian dr orang yg Cik Suu tanggung, inilah hasil dari tanaman yg Cik Suu tanam dan jaga selama nie.
Sekarang Cik Suu tunggu tawaran untuk sambung pengajian di peringkat ijazah, amat berharap dapat sambung ijazah. Cik Suu pilih Ijazah dalam Perniagaan Antarabangsa (International Business) dan Pemasaran (Marketing). Doakan Cik Suu yer.. :)
Untuk isi masa cuti nie, Cik Suu kerja di Butik Nur Zahra kepunyaan mak ngah terletak di Bayan Baru. Butik nie bernaung di bawah Nur Zahra Collection. Cik Suu ditugaskan untuk menguruskan hal ehwal bukti nie. Cik Suu dah siap blog and faebook butik nie cuma blm upload pakaian and tudung kat butik nie lg. Bila dah siap sepenuhnya, baru Cik Suu war-warkan pada semua yer..
Sampai takat nie je la celoteh Cik Suu, nak keluar lunch plak nie :) Assalamualaikum semua. Semoga hari ni lebih baik semalam..

1 comment: